Hikayat hang Tuah Bab 1
Hikayat Hang Tuah Bab 2
Hikayat Hang Tuah Bab 3
Hikaya Hang Tuah Bab 4
Hikayat Hang Tuah Bab 5
Hikayat Hang Tuah Bab 6
Hikayat Hang Tuah Bab 7
Hikayat Hang Tuah bab 8
Hikayat Hang Tuah bab 9
Hikayat Hang Tuah Bab 10
Hikayat Hang Tuah Bab 11
Hikayat Hang Tuah Bab 12
Hikayat Hang Tuah Bab 13
Hikayat Hang Tuah Bab 14
Hikayat Hang Tuah Bab 15
Hikayat Hang Tuah Bab 16
Hikayat Hang Tuah Bab 17
Hikayat Hang Tuah Bab 18
About Me
- cikgu bustaman
- aku seorang perantau dan sentiasa mencari ilmu ALLAH.Mencari ilmu Syariat,Hakikat,Tasauf,Tarikat Dan Makrifat..Sudah hampir puluhan tahun aku merantau mencarai ilmu ALLAH.. setiap kejadian yang Dijadikan Oleh ALLAH ada permulaan dan penhujungnya..Permulaan dari negeri tanah rendah sekebun bunga,aku merantau ke negeri dibawah Bayu sehingga lah sekarang aku berada di negeri jelapang padi.tapi aku bersyukur kepada ALLAH Taala kerana masih lagi dipinjamkan roh dan nyawa sehinga lah aku mampu berdiri dan melangkah dengan gagah, Aku terus mencari dan mengejar ilmu mengenal ALLAH taala. Saudara seislam dan seiaman, ketahuilah bahawa Allah tetap ALLah Kita tetap kita..Allah Adalah Tuan dan kita adalah Hamba kepada tuan yang berkuasa..jangan jadikan kegagalan dan kerugian dalam hidup kita untuk mencari "siapa kita"... "PAKU BUKJAN SEBARANG PAKU,PAKU DATANG DARI SEBERANG,AKU ADALAH AKU,AKU BERSEMBUNYI DIDALAM TERANG' SUBHANALLAH WALHAMDULLILAAH ALLAHU AKBAR...Maha suci engkau ya ALLAH yang telah menjadikan alam ghaib dan alam nyata sebagai tanda kekuasaan mu...AMIN..
Tuesday, 22 November 2011
Thursday, 27 October 2011
Friday, 14 October 2011
Wednesday, 5 October 2011
singa dengan arnab
Pada suatu pagi, singa terjaga daripada tidur. Ia berasa sangat lapar. Dari semalam ia tidak makan apa-apa."Hari ini aku mesti mendapatkan makanan, jika tidak aku akan mati kelaparan," fikir singa.Singa pun keluar mencari makanan. Ia ingin memburu haiwan. Setelah penat meredah hutan dan belukar, tiada seekor haiwan pun ditemuinya. Singa menuju pula ke arah sebatang sungai. Ia berhenti seketika di sungai itu untuk minum air.Selepas itu, singa duduk di tepi sungai untuk menghilangkan penat. Tiba-tiba ia ternampak seekor arnab keluar dari lubangnya. Singa menghampiri arnab itu. Kedatangannya tidak disedari oleh arnab. Singa terus menangkap arnab."Tolong! Tolong! Jangan bunuh saya! jerit arnab."Kamu akan menjadi hidangan saya hari ini," kata singa sambil tertawa.Pada ketika itu, seekor rusa sedang melalui kawasan itu. Arnab dan singa ternampak rusa itu. Arnab mendapat satu akal untuk melepaskan diri."Wahai tuan, adakah tuan akan kenyang jika tuan makan saya kerana badan saya terlalu kecil. Cuba tuan tengok rusa itu. Badannya lebih besar. Jika tuan tangkap rusa itu, tentu tuan dapat makan sepuas-puasnya. Lagi pun rusa itu agak gemuk dan dagingnya sedap berbanding daging saya," kata arnab.Singa terdiam mendengar kata-kata arnab."Tentulah daging rusa lebih sedap daripada daging arnab." fikir singa.Singa pun melepaskan arnab. Ia terus mengejar rusa. Apabila ternampak singa, rusa terus melarikan diri. Ia lari dan bersembunyi di dalam hutan. Singa terus mengejar rusa itu dengan pantas. Lama-kelamaan singa berasa sangat letih. Perutnya juga sakit kerana terlalu lapar. Ia berasa kecewa kerana tidak dapat menangkap rusa itu. Ia juga menyesal kerana melepaskan arnab. Disebabkan sikapnya yang tamak, singa tidak berjaya memperoleh sebarang makanan.*Moral: Orang tamak selalu rugi
monyet dgn ikan lumba-lumba
Pada zaman dahulu, terdapat seorang pelayar yang baik hati. Dia suka mengembara ke serata tempat. Dia juga sering membawa bersama seekor monyet kesayangannya.Pada suatu hari, pelayar itu pergi belayar bersama keluarganya. Dia juga membawa monyet kesayangannya. Semasa dalam pelayaran, tiba-tiba angin bertiup kencang dan laut bergelora. Ribut yang kuat menyebabkan kapal itu karam. Semua penumpang di dalam kapal itu meninggal dunia akibat lemas. Hanya seekor monyet yang terselamat. Ia berpaut pada sebatang kayu.Ketika monyet terumbang-ambing dipukul ombak yang besar, tiba-tiba seekor ikan lumba-lumba menghampirinya."Wahai monyet, saya kasihan melihat kamu. Naiklah ke atas belakang saya, saya akan membawa kamu ke tempat yang selamat," kata ikan lumba-lumba."Terima kasih kerana selamatkan saya," kata monyet.Monyet terus naik ke atas belakang ikan lumba-lumba. Ikan lumba-lumba membawa monyet menuju ke darat. Sebelum sampai ke darat, mereka melalui sebuah pulau. Ketika melalui pulau tersebut, monyet terfikir untuk mempermainkan ikan lumba-lumba."Kamu tahukah, di pulau inilah seorang rakan saya menjadi raja. Ia memerintah rakyat di pulau ini dengan adil. Rakyat hidup dengan aman dan gembira. Di pulau ini juga terdapat makanan yang banyak," kata monyet.Ikan lumba-lumba hanya terdiam mendengar kata-kata monyet. Ia tahu monyet cuba mempermainkan dirinya. Ikan lumba-lumba tahu pulau itu tidak terdapat manusia atau pun haiwan. Ikan lumba-lumba ingin mengenakan monyet pula. Ia membawa monyet ke pulau itu."Saya rasa, eloklah kamu tinggal di sini. Kamu tentu boleh hidup senang-lenang di pulau ini," kata ikan lumba-lumba. Ikan lumba-lumba meninggalkan monyet di situ dan terus pergi dari situ.Tinggallah monyet keseorangan di pulau itu. Monyet menangis kerana menyesali kesilapannya. Ia sepatutnya tidak bercakap yang bukan-bukan kepada ikan lumba-lumba yang telah menolongnya.*Moral : Jangan menipu orang yang telah menolong kita
Subscribe to:
Posts (Atom)